Thursday, November 15, 2012

THEY SHY AWAY TO PURCHASE AN INSURANCE



Kebaikkan Membeli Polisi Insurance

by Sabree Hussin on APRIL 17, 2011 in KEWANGAN

Produk insurance atau takaful umum dah sedia maklum memang terdapat banyak kegunaan dan kebaikkannya. Dari segi memelihara harta, ia memang instrument kewangan yang berkesan bagi memainkan peranan tersebut.

Namun demikian, walau macam mana penting sekali pun polisi insurance, tak ramai yang secara sukarela datang untuk membeli insurance untuk diri sendiri. Bak kata orang putih, they shy away to purchase an insurance.

Insurance bukan setiap masa kita boleh nampak kegunaannya.. dan for sure kalau diberi pilihan, saya sendiri tak mau nak gunakannya. Insurance ini selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang buruk, kemalangan, kematian, mala petaka, bencana dan banyak lagi perkara-perkara yang buruk.


Saya tak mau sesuatu yang buruk terjadi, sebab ia bukan sahaja mengakibatkan kerugian dari segi kewangan malah boleh menjejaskan mental dan emosi akibat dari bencana-bencana buruk itu tadi.

Pada asalnya, peranan insurance adalah untuk memberi perlindungan kepada pemegang polisi daripada mengalami kerugian yang teruk daripada bencana. Ambil contoh sekiranya seseorang mengalami kemalangan jalan raya dan berpunca dari kemalangan tersebut mengakibatkan dirinya menjadi cacat kekal, seperti lumpuh.

Akibatnya, dia bukan sahaja hilang kemampuan untuk bekerja dan menghasilkan pendapatan malah pada masa yang sama segala tanggungan yang berada dibawah tanggungjawabnya termasuk dirinya sendiri turut terjejas. Syarikat dah tak mau lagi menggaji pekerja yang sudah mengalami kecacatan sebab sudah tidak memberi sebarang keuntungan.

Pada masa-masa ini, insurance polisi yang dimiliki boleh membantu mengurangkan beban melalui wang pampasan yang boleh dituntut dan mengikut amount yang telah dipersetujui. Wang pampasan tersebut adalah bagi mengurangkan bebanan, dan bukanlah untuk menghilangkan bebanan.

Berapalah sangat amount yang diterima kalau dibandingkan dengan kehilangan dan kerugian yang dirasai oleh pemegang polisi itu tadi.

Berpunca daripada bencana, kematian, kecacatan kekal, kecurian, rawatan akibat daripada penyakit, dan kemusnahan daripada bencana alam.. kesemuanya ini akan mengakibatkan kerugian. Guarantee. Namun dengan adanya perlindungan daripada polisi insurance, tahap kerugian tersebut dapat di minimumkan. Ia ibarat satu switch yang bila di tekan mampu menjadi stop loss kepada kerugian yang lebih banyak.

Disebabkan oleh nature insurance polisi itu jugak, sesetengah masyarakat menganggapnya sebagai sesuatu yang malang atau bad omen bila mana ditawarkan untuk membeli insurance. Again.. they shy away.

Orang tak mau membeli insurance. Bukan insurance yang diperlukan. Bukan perlindungan. Bukan wang pampasan.

Namun apa yang diperlukan adalah pakej haji & umrah, pelan pendidikan, pelan persaraan, pelan kesihatan, pakej perkahwinan dan macam-macam lagi nama pelan atau pakej yang langsung tak kelihatan nama insurance didalamnya. Padahal apa yang dibeli masih lagi produk insurance.

Macam mana ini boleh terjadi? Simple. Produk insurance bukan sahaja mampu untuk memberi perlindungan, malah jika digunakan dengan betul ia boleh jadi satu pelan pelaburan dan jugak pelan simpanan untuk jangka panjang.

Sesetengah produk insurance digabungkan sekali dengan ciri-ciri pelaburan. Sebahagian daripada nilai caruman disalurkan untuk tujuan perlindungan dan ada juga yang disalurkan untuk tujuan pelaburan. Dikenali dengan popular dengan nama investment-linked insurance polisi.

Satu pakej insurance dua dalam satu. It’s a hybrid. Perlindungan dapat, malah pelaburan pun ada. Boleh jadi ia menepati kehendak golongan yang kurang berkemampuan untuk membuat pelaburan, jadi boleh combine sekali tanpa perlu melabur dalam pelan yang berbeza.

Sekiranya motive awal adalah untuk memiliki satu sistem simpanan wang yang berterusan dan ampuh, insurance pun masih lagi mampu bertindak memenuhi keperluan tersebut.

Simpanan melalui skim insurance mungkin berbeza sedikit melalui skim konvensional. Pertama, simpanan yang kita lakukan kita tak boleh nak keluarkan, simpanan perlu dilakukan pada kadar yang sama setiap bulan without fail, dan yang paling penting.. ia akan memaksa kita untuk membuat simpanan.

Kita ni biasalah kan.. kadang-kadang kalau tak dipaksa memang tak bergerak. So, untuk orang yang memenuhi kriteria seperti ini, to choose insurance as a saving is wise.

Perkara lain yang perlu kita ambil tahu adalah berkenaan dengan konsep cash value. Kebiasaannya, selepas sekian lama mencarum dalam polisi insurance, polisi kita akan memiliki satu nilai yang dikenali sebagai cash value.

Pabila tiba saat ini, polisi tersebut memiliki tahap kecairan yang tinggi, dan kita boleh menggunakannya untuk berbagai tujuan seperti untuk jadikan cagaran untuk membuat loan misalnya. Sekali lagi, ianya tak mustahil kerana polisi yang sudah memiliki cash value adalah sama seperti memiliki wang tunai.

Perasaan tak sebenarnya di sekeliling kita, adakalanya kita boleh mendapat insurance secara percuma?


Kredit to:sabree hussin

0 comments:

Post a Comment