Monday, November 5, 2012

APABILA DITIMPA MUSIBAH....APAKAH YANG TERDETIK DALAM FIKIRAN ANDA????


Apakah penyelesaian MASALAH ? ( dari segi kewangan jika seseorang ditimpa musibah…)

seperti :

Meninggal dunia disebabkan apa jua punca
Hilang upaya kekal disebabkan apa jua punca
Menderita penyakit kritikal
Seperti yang dibincangkan, masalah utama adalah WANG. Persoalannya, berapa Wang yang ada ? Cukupkah ? Apa sumber wang yang boleh diperolehi ?

Antara sumber – sumber kewangan yang boleh menjadi TALIAN HAYAT keluarga adalah seperti :

Wang simpanan persendirian
Aset – rumah / tanah
Simpanan Emas
Takaful / Insurans tempat kerja
Takaful / Insurans hayat persendirian
KWSP
ASB
Masalah dengan sumber – sumber di atas adalah seperti berikut :

Cukupkah bagi menampung kos kehidupan keluarga untuk tempoh jangka panjang
Adakah simpanan di atas sudah diwasiatkan ke atas nama anak / isteri ?
Adakah simpanan di atas jika suami meninggal dunia, akan difaraidkan ?
Cukupkah pampasan insurans tempat kerja yang diberi ?
Adakah pampasan untuk meninggal dunia / hilang upaya dari takaful persendirian cukup bagi menampung kos kehidupan keluarga ?
Adakah suami sudah meletakkan penama bagi akaun KWSP beliau ? RM jutaan tidak dituntut dari KWSP dan ASB akibat dari tiada penama yang diletakkan
Adakah aset – aset kepunyaan suami boleh dijual dalam masa yang singkat ? Di mana keluarga akan tinggal jika satu – satunya rumah kepunyaan suami itu di jual ?
Masalah utama bagi masyarat Malaysia pada hari ini :

Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada membuat simpanan kecemasan, simpanan hari tua ?
Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada ambil Plan Takaful Hayat .
Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada letak penama untuk akaun KWSP mereka ?
Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang mendapat faedah sehingga RM 100 000 dari pampasan insurans tempat kerja ?
Gunakan instrumen yang tepat pada dengan kegunaan yang maksimum

Kita bukanlah JUTAWAN. Sebab itu kita perlu memikirkan kaedah dan tools yang tepat yang perlu digunakan bagi menghadapi situasi – situasi di atas.

Takaful Hayat boleh dijadikan satu instrumen kewangan yang tepat bagi menghadapi masalah di atas. Masalah wang setelah punca pendapatan hilang. Kesedaran memiliki Plan Takaful hayat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi, kefahaman ke atas instrumen kewangan ini masih lemah dan tidak diambil peduli. Asalkan sudah memiliki Plan takaful, dikira memadai.

Hakikatnya, takaful adalah berguna kepada orang yang paham situasi dan kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah kewangan keluarga setelah pencari nafkah utama hilang upaya bekerja.

Perlu difahami, takaful bukan diambil disebabkan si suami adalah seorang Jurutera. Tetapi takaful di ambil disebabkan :

gaji yang diperolehi setiap bulan
hutang – hutang yang ada
kos perbelanjaan sara hidup keluarga
Jika gaji si suami RM 3000 sebulan, jika beliau hilang upaya bekerja, tuntutan takaful ini kelak, dapat menggantikan gaji bulanan RM 3000 ini untuk tempoh yang panjang katakan 20 tahun. selain mendapat pampasan hilang upaya keseluruhan sebanyak 500 000.

RM 500 000 adalah satu angka yang selesa!

RM 500 000 adalah satu angka yang dikira selesa kepada saya. Bagaimana RM 500 000 berfungsi dalam memberikan sumber kewangan bulanan yang konsisten untuk tempoh yang lama ?

Jika saya memiliki RM 500 000 pada hari ini, saya akan menyimpannya di instrumen kewangan yang berisiko rendah, yang dapat memberikan pulangan tahunan 6 -7% setahun. Dengan ini, dividen yang terhasil dari simpanan tadi adalah RM 35 000 setahun. RM 35 000 setahun adalah satu PENDAPATAN ALTERNATIF yang konsisten kepada saya dalam meneruskan kehidupan. Saya menggunakan RM 35 000 setahun untuk sara hidup dan masih mempunyai RM 500 000 di dalam simpanan. Ini adalah satu keadaan yang boleh dikatakan selesa bagi saya. Begitu jugalah kaedah yang harus dipraktikkan kepada keluarga yang kehilangan suami. Dengan syarat, si suami mempunyai instrumen kewangan yang boleh mewariskan sekurang – kurangnnya RM 500 000 kepada waris / keluarga untuk meneruskan kehidupan.

RM 500 000 bukanlah satu angka yang tepat dan cukup bagi semua orang, tetapi saya percaya RM 500 000 adalah satu angka yang cukup bagi KEBANYAKAN ORANG!

Bagi yang berminat mendapatkan qoutation dari saya, sila hubungi

saya: 017-6264184

0 comments:

Post a Comment