Thursday, November 15, 2012

Medical Card Great Eastern Takaful

Published by maman at 1:08 am under Berakit ke hulu

Untuk rakan perunding,

Seperti yang pernah kita semua alami, kadang-kadang dalam kita memasarkan produk takaful ini, setelah banyak usaha yang kita lakukan beserta masa yang kita korbankan, akan ada juga bakal pelanggan yang memilih untuk mengambil bukan dengan kita. Janganlah kecewa, merajuk atau berkecil hati apatah lagi dengan memburuk-burukkan pesaing anda kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ikhlaslah dalam bekerja. Jika semua tindakan kita telah diniatkan untuk ibadah, maka tidak ada yang sia-sia. Selalu ada hasil, jika tidak di dunia, pasti di akhirat. Sebab Allah Maha Tahu dan Adil membalas setiap ibadah kita. InsyaAllah.

Ceritanya….

“Dia kata kalau ambil dengan Great Eastern ni susah nak claim. Betul ke? ” tanya pelanggan itu.

“Siapa kata?” soal maman pula.

“Agen tu la cakap masa saya bagitahu dah decide untuk ambil medical plan dengan Great Eastern. Tapi based on statistic claim yg awak tunjuk tu sy rasa Great Eastern tak ada masalah” kata pelanggan itu seterusnya.

“Sebenarnya sebelum saya buat appointment ni saya dah buat study sikit pasal medical card ni, sebab tu la saya decide nak ambil dengan Great Eastern” tambahnya.

***

Akhir-akhir ini, beberapa temujanji maman dijumpakan dengan bakal pelanggan yang bijak takaful. Maksud maman ‘bijak takaful’ adalah sebelum berjumpa, mereka sudah membuat sedikit kajian dengan membandingkan pelbagai medical card yang ada di pasaran. Pelanggan jenis ini biasanya akan membuat perbandingan sendiri berpandukan maklumat yang ada di internet dan wakil-wakil takaful diruangan forum yang berselerakan di internet. Dengan perbandingan ini, ada antara mereka yang mula menyedari tidak semua medical card itu sama, dan pelan medical card Great Eastern mempunyai kelebihan yang tiada pada medical card daripada penyedia yang lain. Biasanya pelanggan jenis begini akan aturkan temujanji hanya untuk kepastian dan periksa semula maklumat yang mereka faham adalah betul.

Ketika maman minta mereka berkongsi apakah yang menyebabkan mereka membuat keputusan memlih pelan comprehensive medical card Great Eastern Takaful (agar dapat dijadikan panduan bagi mereka yang sedang mencari-cari medical card terbaik diluar sana), maka mereka menyatakan:

1) Kos yang rendah tetapi perlindungan jauh lebih tinggi

“Dengan caruman bulan yang sama iaitu RM200, Great Eastern memberikan saya medical card untuk Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi iaitu RM77,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care”. Kata Azmin (bukan nama sebenar) seorang eksekutif yang akan mencecah usia 34 tahun pada tahun hadapan.

Benar apa yang beliau katakan apabila pelanggan ini sendiri menunjukkan quotation daripada satu syarikat Takaful Senior, untuk caruman bulanan yang sama iaitu RM200, beliau hanya diberikan medical card Room & Board RM150 sahaja dengan Manfaat Kematian RM70,000 dan berserta RM50,000 perlindungan penyakit kritikal.

2) Had Tahunan dan Seumur Hidup yang jauh lebih tinggi

“Bila saya compare, jika saya ambil medical card untuk Room & Board bernilai RM150, Great Eastern memberikan saya had tuntutan seumur hidup berjumlah RM720,000 dan had tahunan RM90,000. Ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan satu syarikat takaful yang memberikan saya had seumur hidup RM625,000 dan had tahunan RM62,500 sahaja” tambah beliau lagi.

Secara logik, Azmin mendapati adalah lebih menguntungkan jika pada caruman yang sama RM200 dengan Room & Board RM150 tetapi mendapat had tahunan dan had seumur hidup yang jauh lebih tinggi. Inipun beliau membandingkan untuk medical dengan Room & Board RM150 supaya adil katanya walaupun beliau diquote boleh untuk mengambil R&B yang leib tinggi iaitu RM200.

3) Ko-Takaful yang lebih menjimatkan kerana lebih rendah

“Saya membuat keputusan untuk memilih Medical Card daripada Great Eastern Takaful bila sahaja saya tahu rupa-rupanya caj co-takaful adalah sangat rendah. Sebelum ini saya tidak tahu Great Eastern hanya mengenakan minimum 10% daripada jumlah bil dengan maksimum hanyalah RM500 sahaja” kata Azmin lagi.

“Berbeza dengan medical card syarikat takaful ini yang mana minimum adalah RM300 dengan maksimum RM1000. Ini bermakna jika bil yang dikenakan adalah RM1000, pemegang kad Great Eastern membayar hanya RM100 sedangkan pemegang kad takaful ini pula membayar RM300. Jika bil RM10,000 pula pemengang kad Great Eastern hanya membayar RM500 sedangkan pemengang kad takaful syarikat yang satu ini perlu membayar RM1000″ Azmin menceritakan hasil analisisnya.

Ramai pelanggan Great Eastern yang mengambil pelan medical card Great Eastern memilih atas sebab co-takaful yang rendah sepertimana yang dinyatakan oleh Azmin. Walaupun begitu, kebiasaanya perunding Great Eastern Takaful (dan juga syarikat lain) akan memberikan tambahan Elaun Hospital Harian untuk tampung ko-takaful ini.

4) Cash-Value yang lebih tinggi nilainya

“Bila saya membandingkan projected cash value yang boleh saya keluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, saya dapati Great Eastern memberikan angka RM21,446 – RM 37,036 sedangkan syarikat takaful lagi satu memberikan angka RM19,037 – RM32,955″

Pelan takaful – investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.

5) Early Payout Critical Care Benefits (EPCC)

Early Payout Critical Care pula adalah manfaat pelan yang paling unik di Malaysia. Satu-satunya pelan yang membolehkan anda membuat tuntutan walaupun penyakit berada pada peringkat permulaan. Manfaat ini tidak akan anda temui ditawarkan oleh mana-mana syarikat takaful lain.

Azmin agak teruja apabila mengetahui tiada tambahan premium diperlukan untuk memiliki faedah ini. Bermakna caruman bulanan kekal RM200 dan sudah termasuk manfaat EPCC berjumlah RM50,000.

“Pelanggan yang menghidapi cancer stage pertama sbg contoh, tidak boleh claim dibawah manfaat perlindungan Penyakit Kritikal kerana hanya cancer stage 3 barulah dikatakan Critical Illnesses. Tetapi dengan pelan Great Eastern ini, penyakit yang masih tahap permulaan pun sudah boleh nak buat tuntutan. Kalau dia tiada medical card, boleh guna duit itu untuk rawatan. Kalau ada medical card pula, duit itu boleh guna untuk ganti income kalau terpaksa cuti tanpa gaji atau lebih teruk kalau terpaksa berhenti kerja” kata saya apabila Azmin minta untuk saya terangkan contoh lebih lanjut.

6) Tiada kos perlu ditambah untuk dapatkan Coverage Medical card sehingga umur 80 tahun

“Satu lagi perbezaan yang orang tak berapa nampak tapi saya nampak adalah had umur perlindungan medical card tersebut. Saya nampak Great Eastern punya medical card terus melindungi saya sehingga umur 80 sedangkan dengan syarikat takaful yang satu lagi saya terpaksa menambah lagi caruman bulanan yang RM200 itu untuk naikkan perlindungan medical card hingga umur 80. Tiada tambahan lain perlu dilakukan di Great Eastern” kata Azmin lagi.

Nota: Semua pemengang Medical Card Great Eastern Takaful sememangnya mendapat perlindungan sehingga usia80 tahun.

*Sebenarnya, apa yang client ini kongsikan adalah sebahagian sahaja daripada uniknya medical card Great Eastern Takaful. Ada beberapa fakta lagi bakal menyusul pada entri akan datang.

***

Maman pada mulanya agak terkejut apabila pelanggan sekarang boleh membuat perbandingan sehingga sebegitu terperinci. Namun ini adalah satu petanda baik kerana pelanggan kini lebih bermaklumat sehingga boleh terang seperti seorang perunding takaful pula. Satu sikap yang maman rasa satu aras bahawa pelanggan mutakhir ini bukan lagi seperti dulu yang sangat fobia bila mendengar perkataan insuran/takaful.

0 comments:

Post a Comment